Sabtu, 08 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Bukan Lawak Ultrabook Dell Berbau Kencing Kucing

Bukan Lawak Ultrabook Dell Berbau Kencing Kucing



Biasanya setiap kali membeli barang baru, kita pasti dapat hidu bau tertentu. Tapi bagi yang membeli komputer riba Ultrabook Dell Latitute 6430u baru, bau yang akan terhidu adalah kencing kucing!

Perkara ini bukan satu lawak apatah lagi cubaan untuk menjatuhkan syarikat pengeluarnya, Dell, kerana ia berdasarkan banyak aduan yang difailkan pembeli gajet ini.

Malah aduan dipercayai bermula di forum Dell sendiri, apabila wakil syarikat ini memberikan cadangan supaya pembeli membuka papan kekunci dan mencucinya.

Pengguna lain kemudiannya tampil dengan masalah sama. Kebanyakan mereka tidak menyangka ia benar-benar berbau demikian dari kilang hingga ada yang tersilap menyalahkan kucing milik mereka.

Ada yang merungut, mereka berasa malu membawa komputer riba tersebut ketika bertemu pelanggan kerana baunya. Malah bau tersebut dikatakan tidak hilang meskipun telah dicuci.

Bagaimanapun, pembeli Ultrabook boleh menarik nafas lega kerana bau tersebut bukanlah betul-betul kencing kucing.

Menurut agensi berita BBC, bau tersebut tertinjauan ketika proses pembuatan komputer riba berkenaan.
Dell pula memberi jaminan, pelanggan yang menghadapi masalah ini boleh memulangkan Ultrabook Dell Latitute 6430u kembali untuk menggantikan bahagian yang berbau. – REM RAMZI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar