Sabtu, 08 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Keterangan Shahrizat sudah dijangka – Rafizi

Keterangan Shahrizat sudah dijangka – Rafizi


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 7 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak terkejut dengan keterangan yang diberikan Datuk Seri Shahrizat Jalil pada perbicaraan kes saman isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).
“Kita memang sudah jangka, beliau (Shahrizat) akan beri keterangan begitu, jadi kita tak terkejut,” katanya.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam sebagai saksi pertama kes saman beliau berjumlah RM100 juta terhadap Rafizi dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berhubung isu skandal NFC.

Shahrizat dalam keterangannya memberitahu hakim kononnya Rafizi dan Zuraida telah memfitnah beliau sehingga menjatuhkan nama dan reputasinya.
“Shahrizat bercerita di hadapan hakim seolah-olah kita (KEADILAN) yang memiliki Utusan dan TV3 dengan memberi gambaran bahawa kita yang mempengaruhi keseluruhan perspektif rakyat,” jelas Rafizi.
“Tapi yang sebenarnya, rakyat sendiri sedar dan dapat membezakan penyelewengan itu, kerana kita ada bukti dan rakyat marah kerana mereka tahu penyelewengan itu melibatkan kepentingan awam,” katanya.
“Kita tunggu dan lihat saja sebab peguam kita akan mengupas lebih lanjut semua bukti dalam kes ini,” kata Rafizi lagi.

Shahrizat memfailkan saman itu 19 Januari lalu berikutan pendedahan KEADILAN berkaitan dana RM250 juta untuk penternakan lembu itu disalah guna keluarga beliau.
Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.
Sementara itu, Zuraida turut mengulas keterangan Shahrizat yang banyak memberi gambaran kehebatan perjalanan karier beliau dan sering mengulangi ayat, “saya dianiaya dan dizalimi”.
“Perlu diingatkan, kalau latar belakang beliau begitu bagus, kita tak akan berada di sini hari ini,” kata Ahli Parlimen Ampang itu sinis.

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan perbicaraan seterusnya Jumaat ini untuk keterangan balas.
Rafizi diwakili Leela Jesudasan dan Ranjit Singh sebagai peguam, manakala Gopal Sreenavasan dan Razlan Hadri bertindak sebagai peguam Zuraida.
Turut hadir memberi sokongan, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden, Tian Chua dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Short URL: http://www.keadilandaily.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar