Kamis, 20 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Raja Nazrin Minta ADUN Laksana Amanah Rakyat

Raja Nazrin Minta ADUN Laksana Amanah Rakyat



IPOH – Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah menyarankan kesemua 59 wakil rakyat di negeri itu supaya memberi tumpuan bagi memenuhi harapan, amanah serta melaksanakan tanggungjawab secara dedikasi, ikhlas, jujur dan berintegriti.

Perkara tersebut dijelaskan baginda ketika memulakan titah perasmian sidang Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini hari ini.

Malah, baginda juga menyatakan rasa gembira apabila proses demokrasi yang berlangsung di negeri itu berlaku secara aman dan teratur.

Pada masa yang sama, baginda turut merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir setelah diperkenan sebagai Menteri Besar berikutan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Beta turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, merangkumi SPR, anggota perkhidmatan awam, PDRM, ATM, pihak media, parti-parti politik, dan rakyat jelata keseluruhannya yang telah memperlihatkan sikap bertanggungjawab yang tinggi hingga membolehkan pilihan raya berjalan lancar tanpa menjejaskan rutin harian kehidupan rakyat, juga membolehkan urus tadbir negeri turus berfungsi secara normal.

“Ia meyakinkan Beta bahawa rakyat semakin bijak menggunakan hak untuk memilih Kerajaan, ia menyakinkan Beta bahawa rakyat semakin matang menerima keputusan pilihan raya berlandaskan semangat demokrasi,” titah baginda.

Titah baginda lagi, jumlah keluar mengundi yang meningkat pada PRU13 adalah satu petanda positif keyakinan rakyat dalam memilih kerajaan.

“Ini adalah bukti keyakinan rakyat akan hak yang diberikan mereka untuk memilih Kerajaan, di samping mencerminkan kepercayaan rakyat bahawa demokrasi diamalkan di negara ini.

“Petanda positi ini perlu terus ditingkatkan denan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang mencetus kecurigaan, di samping merintis langkah-langkah pembetulan, menanggani sebarang keraguan demi menjamin proses pilihan raya dilansungkan secara berintergriti demi memastikan terjaminnya hak asasi rakyat menurut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara,” titah Baginda.

PRU13 lalu menyaksikan peningkatan sebayak 17 peratus pengundi di Perak dengan 1.7 juta rakyat keluar mengundi berbanding 1.4 juta pada pilihan raya 2008.

Peratusan keluar mengundi juga telah menunjukkan satu tanda positif apabila mereka yang keluar mengundi meningkat ke 82 peratus berbanding hanya 72 peratus pada 2008.

BN berjaya menguasai 31 kerusi untuk membentuk kerajaan berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang hanya memenangi 28 kerusi.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: Perak News Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar