Kamis, 13 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » 2 Suspek Untuk 300 Kes Curi

2 Suspek Untuk 300 Kes Curi



KUALA LUMPUR — Polis yakin dapat menyelesaikan hampir 300 kes curi barangan di dalam kereta dengan tertangkapnya dua lelaki di Taman Rekreasi Bukit Jalil, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek berusia 34 dan 35 tahun itu ditahan pukul 10.40 pagi ketika sedang mengumpil pintu sebuah kereta di taman berkenaan.

Kedua-dua suspek yang berasal dari Kluang, Johor itu dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak tiga tahun lepas di sekitar Lembah Klang, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya suspek lazimnya menyasarkan kawasan rekreasi untuk melakukan kegiatan itu, terutama ketika hujung minggu dan musim cuti, semasa orang ramai sibuk beriadah.

Kedua-dua mereka direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan, katanya menambah pemeriksaan polis terhadap kereta suspek menemukan 154 keping kad kredit, kad ATM (5 keping), lesen memandu (9) dan kad pengenalan (7). – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar