Minggu, 09 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » » VIDEO Detik Detik Cemas Nahas Keretapi Mengorbankan 80 Penumpang Di Sepanyol

VIDEO Detik Detik Cemas Nahas Keretapi Mengorbankan 80 Penumpang Di Sepanyol


Video Saat Nahas Keretapi Sepanyol

SUSULAN tragedi keretapi tergelincir di Sepanyol. Baru sahaja diedarkan satu video menunjukkan saat-saat terakhir keretapi berkenaan sebelum tergelincir dan membunuh 80 orang.
Video berkenaan yang ditunjukkan hanya selama 10 saat, menunjukkan keretapi itu yang sedang melalui satu lengkung sebelum beberapa gerabak di tengah keretapi terkeluar dari landasan.
Ia terus menarik sekali gerabak di belakang untuk sama-sama tergelincir dan melanggar kepala keretapi itu.
Visual tragedi itu pada awalnya ditayangkan di laman web portal Sepanyol Zoom News yang kemudiannya muncul di laman YouTube dan seterusnya beberapa laman web media lain.
Menurut Zoom News, video berkenaan diperolehi daripada satu kamera keselamatan yang dipasang di landasan berkenaan.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum menemui punca yang menyebabkan insiden buruk itu tetapi menurut laporan keretapi itu pada masa kejadian sedang bergerak laju dengan kelajuan 190 kilometer sejam, lebih dua kali ganda dari kelajuan dibenarkan.
Keretapi itu membawa 218 orang penumpang dan empat krew dari Madrid menuju sebuah bandar di tepi pantai Ferrol.
Ia adalah tragedi keretapi paling buruk sejak tahun 1944. – Sumber AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar