Minggu, 15 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Balas Dendam Serangan AS Punca PM Libya Diculik

Balas Dendam Serangan AS Punca PM Libya Diculik



SEKUMPULAN lelaki bersenjata bertindak menculik Perdana Menteri Libya, Ali Zeidan, dari bilik tempatnya menginap di Hotel Corinthia, Tripoli sebelum dibawa ke lokasi yang masih belum diketahui.

Kejadian pagi tadi berlaku di saat militan Islam Libya sedang marah terhadap serangan dan penahanan Amerika Syarikat ke atas pemimpin al-Qaeda Libya, Abu Anas al-Libi, Sabtu lalu.

Kejadian itu didakwa mereka mendapat kerjasama pihak pemerintah meskipun dinafikan.

Menurut CNN, Zeidan dibawa secara paksa meninggalkan hotelnya menggunakan sebuah kereta. Namun tidak ada petugas hotel yang mendengar sebarang tembakan atau kejadian mencemaskan.

Penculikan ini pada mulanya dinafikan oleh pejabat Zeidan namun diakui tidak lama kemudian atas alasan penculik menyuruh mereka berbuat demikian.

Mereka percaya, penculikan dilakukan oleh bekas pemberontak.

Beberapa jam sebelum diculik, Zeidan dipercayai telah bertemu dengan keluarga al-Libi. – REM RAMZI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar