Kamis, 26 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Dr M Orang lain lebih layak

Dr M Orang lain lebih layak


Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - “Saya bukan individu yang sesuai.” Demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan agar beliau menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis di Mesir antara Mohamed Mursi dan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

Beliau turut menyifatkan ada individu lain yang lebih layak untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Tidak boleh (jadi orang tengah). Saya tak sampai ke tahap itu lagi.

“Mungkin boleh bagi orang lain,” katanya yang ditemui selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran DRB-Hicom, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan DRB-Hicom, Tan Sri  Mohd Khamil Jamil.

Sebelum ini, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Dr Mahathir sebagai seorang negarawan yang dihormati perlu mainkan peranan sebagai seorang pengantara yang ikhlas atas usahanya untuk pendamaian selama ini.

Manakala, Pengarah Institut Pemikiran Dr Tun Mahathir, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz Abdul Rahman berpendapat, Dr Mahathir layak menjadi pendamai konflik di Mesir kerana kredibiliti dan beliau dihormati di seluruh dunia dalam pelbagai perkara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar