Senin, 23 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
aes
»
akibat
»
batal
»
bayaran
»
dedah
»
gesa
»
kerajaan
»
mahfuz
»
Mahfuz gesa kerajaan dedah bayaran akibat batal AES
Mahfuz gesa kerajaan dedah bayaran akibat batal AES
September 14, 2013
Kerajaan digesa untuk mendedahkan jumlah yang perlu dibayar kepada dua syarikat konsesi bagi mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan hari ini, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).
Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor itu (KASE) berkata, tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak memberi butiran jelas perjanjian pengambilalihan itu meragukan.
"Ini yang rakyat hendak tahu, berapa banyak kerajaan perlu bayar kepada dua syarikat swasta iaitu Bina Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd apabila tidak lagi terikat dengan perjanjian.
"Mereka perlu kemukakan semuanya secara terperinci baru kita yakin tidak ada pihak berkepentingan yang mengaut keuntungan dalam isu ini,"katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Naib Presiden PAS itu juga berkata, penukaran AES sepenuhnya juga membuktikan bahawa kerajaan bertindak terburu-buru dalam melakukan sesuatu tanpa melakukan kajian menyeluruh.
"Inilah yang saya katakan apabila kerajaan tidak pernah teliti dalam melaksanakan AES, mereka tidak menghiraukan pandangan pihak lain, namun bila ia tidak menjadi senang pula boleh membatalkan perjanjian,"katanya.
Katanya, persoalan yang perlu diperhalusi mengenai isu AES itu ialah adakah pelaksanaan sistem itu dapat mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.
"Isu yang kita patut nilai adakah betul AES dapat mengurangkan kadar kemalangan kerana saya rasa pengguna hanya akur kerana tidak mahu disaman namun untuk mendidik pengguna kesedaran keselamatan jalan raya kerajaan gagal," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya menyarankan kerajaan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya oleh pengguna.
"Hishamuddin kena terangkan dengan telus, dalam Parlimen berapa kali kita minta jawapan namun tidak dilayan. Kalau ikutkan undang-undang yang betul kalau itu harga kompaunnya bagaimana pula boleh dikurangkan," katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan akan menggunakan budi bicara dalam melaksanakan sistem AES termasuk penetapan had laju, lokasi dan jumlah kamera serta kadar bayaran saman.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad, berkata ia dapat dilaksanakan berikutan kerajaan tidak lagi terikat dengan perjanjian operasi dan penguatkuasaan sistem diambil alih daripada syarikat pengendalinya.
Mengikut perjanjian dua syarikat swasta tersebut, sebanyak 1,093 kamera perlu dipasang diseluruh negara dan kadar saman ialah RM300 bagi setiap kesalahan.
“Apabila kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES, kita ada formula lain dan boleh menggunakan budi bicara," katanya sebagaimana dipetik dari Berita Harian.
Katanya, pemasangan kamera di kawasan mempunyai had laju 110 kilometer sejam (km/j) akan diberi keutamaan sebelum memasang di kawasan 70 atau 90 (km/j). – 14 September, 2013
The Malaysian Insider
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar